BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 19 June 2015

ramadhan ini.

ramadhan kali ini.
aku cuba mendalami sesuatu .
kisah rasul 25 kita :)

aku tertarik dengan kisah nabi daud.
xramai yang tau sebnarnya.

Aku yakin semua orang pernah terdengar walau sekulamit kisah jalout dan thalout  kan ?
jalout merupakan seorang raja yang kuat dari bangsa Palestina dan dikategorikan sebagai raja yang zalim ketika itu.
walhal thalout merupakan seorang raja dari bangsa bani israil yang dulunya di bawah naungan nabi Musa .
bagaimanakah thalout dilantik menjadi seorang raja ?
pada asalnya , thalout bukanlah orang kerabat diraja mahupun keturunan nabi yg layak diangkat menjadi raja.
tetapi dia diangkat setelah dilantik oleh somu'il.Somuil merupakan penghulu yang paling disegani dan dihormati oleh bani israil.
thalout dipilih kerana dia merupakan seorang yg cerdik, cekap, bijaksana dan memiliki hati yg tabah dan berani.

berlaku peperangan oleh bani israil dan bangsa palestina,
pada ketika itu, rata2 tentera bani israil merupakan pengecut dan lemah.
mereka malah melanggar arahan thalout apabila berlaku suatu kisah dalam perjalanan melawan tentera palestina , mereka minum air dengan banyaknya dari sebuah sungai walhal thalout hanya memberi isyarat seciduk air dari tangan,

setelah berhadapan dengan tentera Jalout, jalout mencabar tentera bani israil untuk melawan satu satu dengannya.
tiada siapa yang berani untuk menawarkan diri menghadapi jalout.
tiba-tiba, datang sang budak menawarkan diri untuk menentang jalout.
dialah nabi daud :)
thalout yang ketika itu agak sukar melepaskan nabi daud kerana beliau masih kecil dan belum berpengalaman.
nabi daud cuba menghilangkan kegusaran yg ada pada raja thalout.

wahai raja, ketahuilah sebelum ini aku telah berhasil membunuh seekor singa dan beruang.
aku berhasil menyelamatkan diri dari taring singa dan kuku beruang dengan izin Allah.
dan Allah juga akan melindungiku dari pedang dan panah Jalout yang durhaka itu.

dan akhirnya Raja thalout melepaskannya,
dan nabi daud pada ketika itu sangatlah simple.
tak perlu memakai baju besi, membawa pedang dan panah ke gelanggang.

beliau hanya bebrbekalkan empat biji batu .
funny right but its true.
ketika  jalout cuba menghampirinya dengan senjata beliau,
nabi daud membaling dua biji batu kearah kepala jalout dan mengenai matanya smpai dia tidak dapat melihat.
kemudian dibalingnya dua biji batu lagi cukup merebahkan jalout ke tanah.

sebhanallah. thats impossible but possible when Allah is willing :)


0 comments: